PEKERJAAN BAHARU : PENTERNAK BLACK SOLDIER FLY
1.0 Apakah pekerjaan tersebut,
bagaimana ia muncul?
Penternak
lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (BSF) atau nama saintifiknya Hermetia
Illucens. Penternakan ini mula muncul hasil gabungan penyelidikan
saintifik, inisiatif keusahawanan dan kempen kesedaran
Inisiatif keusahawanan : Peningkatan
minat dalam penternakan serangga sebagai penyelesaian mampan dalam pelbagai
cabaran seperti pengurusan sisa dan pengeluaran protein pada pertengahan hingga
akhir 2000-an. Usahawan mula menubuhkan ladang serangga yang dikhususkan untuk
membiak lalat askar hitam dan memproses larva mereka kepada produk seperti
makanan haiwan dan baja
Kempen kesedaran : Kempen
kesedaran dan inisiatif pendidikan membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat
tentang manfaat lalat askar hitam sebagai sumber protein yang mampan dan
berperanan dalam kitar semula sisa organik
2.0 Tujuan kewujudan
Menternak dan memproses larva
untuk menghasilkan bahan makanan berkualiti tinggi untuk haiwan ternakan atau
akuakultur dan mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan sumber atau
bahan makanan yang diimport seperti jagung bijian dan soya
Membantu mengurangkan masalah pengurusan sisa dengan menukarkan bahan sisa
organik kepada biojisim
Meningkatkan pengeluaran baja
organik di mana bahan buangan yang dihasilkan oleh larva BSF yang dikenali sebagai frass
digunakan sebagai baja yang tidak kuat berbau dan sesuai untuk tanaman bandar
atau dalaman
Meningkatan sumber pendapatan tambahan dengan menjual larva lalat askar hitam
sebagai makanan tambahan haiwan, menjual produk berkaitan seperti memasarkan
fras BSF sebagai baja organik atau meneroka potensi menjual larva BSF untuk
kegunaan manusia atau aplikasi industri
3.0 Dimana ia berada
Penternakan
lalat askar hitam (BSF) boleh disesuaikan dengan pelbagai tetapan dan skala.
Berikut merupakan beberapa lokasi di mana pertanian BSF ini boleh dijalankan :-
·
Kawasan bandar dan pinggir bandar
·
Belakang rumah dan taman
·
Ladang pekebun kecil
·
Institusi pendidikan dan kemudahan penyelidikan
4.0 Apa yang membolehkan ia
wujud/dilakukan
Kekurangan tanah pertanian untuk
mengusahakan sumber makanan kepada haiwan ternakan kerana tanah-tanah sedia ada
akan digunakan untuk tujuan pembangunan atau menanam lebih banyak makanan
manusia
Peningkatan
harga sumber atau bahan mentah untuk menghasilkan makanan ternakan mendesak
penternak menaikkan harga ternakan mengakibatkan berlaku kenaikan harga
sepanjang rantaian bekalan hingga ke peringkat pengguna
Membantu pengurusan kumbahan di
mana BSF berupaya mempercepatkan proses penguraian dan menghasilkan kompos yang
lebih cepat dan bersih di samping membantu dalam mengurangkan bau sisa kumbahan
Tidak
ramai usahawan yang terlibat sedangkan permintaan dari dalam dan luar negara
terhadap sumber protein itu amat tinggi. Malahan, sebahagian besar pengusaha
BSF di Malaysia adalah syarikat luar yang mengeksport larva BSF ke negara lain
seperti rantau Eropah kerana harganya lebih tinggi
5.0
Proses perkembangan
Pasukan
penyelidik dari Universiti Malaya yang aktif menjalankan penyelidikan BSF
mendapati serangga tersebut senang membiak dalam cuaca panas dan amat sesuai
diternak di Malaysia dengan hanya disediakan sisa organik yang bersesuaian
Penternakan
larva BSF mula berkembang di negeri Selangor beberapa tahun sebelum 2022 dan
mula diperluaskan ke negeri Kelantan menerusi kerjasama penyelidik UM dengan
sebuah pusat pembenihan dan asuhan ikan marin, Ain Aquaculture Sdn Bhd, yang
terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan
Pada
Februari 2024, pihak kerajaan Malaysia mengumumkan penggunaan BSF sebagai
sumber alternatif utama makanan ternakan selari dengan usaha untuk mencapai
kemajuan Bioteknologi Pertanian dan Jaminan Makanan yang merupakan salah satu
tunjang utama Dasar Bioteknologi Negara 2.0. Penyelidikan berkaitan penggunaan
larva tersebut bagi industri ternakan negara sedang dijalankan oleh Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Abeco Nature Science Sdn Bhd.
6.0 Siapa
yang terlibat
Penternakan Black Soldier Fly
melibatkan pelbagai pihak dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk:
·
Penternak dan Petani
·
Pengusaha dan Pemilik Perniagaan
·
Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan
·
Kumpulan Penyelidik dan Akademik
·
Masyarakat awam
7.0 Kesannya
Membantu
menstabilkan industri ternakan negara memandangkan harga larva dan kos
mengusahakan BSF adalah jauh lebih kompetitif berbanding mengimport bahan atau
makanan ternakan
BSF
mampu menguraikan sisa-sisa organik seperti sisa makanan, sisa pertanian, dan
kumbahan haiwan. Ini membantu mengurangkan jumlah sisa organik yang berakhir di
tapak pembuangan sampah dan membantu mempercepatkan proses kompos.
Penternakan Black Soldier Fly menghasilkan larva sebagai
sumber yang kaya dengan protein dan nutrien, yang boleh digunakan sebagai
alternatif kepada sumber protein haiwan yang lebih tradisional seperti soya dan
ikan.
Penggunaan
Black Soldier Fly membantu dalam pemuliharaan sumber daya seperti tanah dan air
dengan mengurangkan keperluan untuk penanaman makanan ternakan atau pembangunan
kawasan tambahan untuk pembuangan sisa-sisa organik.
8.0 Apa yang membezakannya
dengan pekerjaan konvensional yang lain
Pengurangan
Sisa Organik: Penternakan Black Soldier Fly difokuskan
pada mengurangkan sisa organik melalui proses biologi larva Black Soldier Fly. Ini
berbeza daripada pertanian konvensional yang mungkin tidak memberi tumpuan
khusus kepada pengurangan sisa-sisa organik atau mungkin menggunakan kaedah
pengurangan yang berbeza seperti pengkomposan.
Penghasilan
Sumber Protein Alternatif: Black Soldier Fly dipelihara khusus
untuk menghasilkan larva yang kaya dengan protein dan nutrien, yang digunakan
sebagai sumber protein alternatif untuk ternakan. Ini berbeza dengan kebanyakan
bentuk pertanian konvensional yang menumpukan kepada tanaman atau ternakan yang
digunakan untuk makanan manusia secara langsung.
Penggunaan
Teknologi Terkini: Penternakan Black Soldier Fly sering
melibatkan penggunaan teknologi terkini dalam pemantauan dan pengendalian
persekitaran, serta dalam pemprosesan dan pengeluaran produk akhir. Ini
termasuk penggunaan sistem kawalan automasi, pengawasan persekitaran digital,
dan teknologi pemprosesan makanan.
Kekompleksan
Sosioekonomi yang Berbeza: Penternakan Black Soldier Fly dapat
memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada komuniti tempatan, sambil
memberikan manfaat alam sekitar dan kelestarian alam. Ini dapat berbeza dengan
beberapa bentuk pertanian konvensional yang mungkin memerlukan input modal yang
lebih besar atau mungkin kurang berorientasikan kelestarian.
9.0 Kelebihan-kelebihan BSF
Dibuktikan
secara saintifik bukan vektor penyakit dan sama sekali tidak mendatangkan
bahaya kepada kesihatan manusia.
Kos yang
rendah. Satu gram telur BSF berharga sekitar RM10 dan mampu menghasilkan tiga
hingga empat kg larva yang boleh terus digunakan atau diproses sebagai makanan
alternatif ternakan
Bekalan
untuk mendapatkan telur BSF mudah didapati termasuk menerusi platform e-dagang
Larva
BSF juga memainkan peranan menguraikan sisa organik untuk pembentukan kompos
Perusahaan
BSF mampu mewujudkan industri hiliran seperti penjualan telur dan larva BSF
serta baja organik yang mampu memberikan pendapatan agak lumayan kepada peserta
industri
BSF
berfungsi sebagai kawalan perosak semulajadi dan mengurangkan keperluan untuk
penggunaan racun perosak kimia sekali gus menggalakkan persekitaran pertanian
yang lebih sihat.
BSF
bukan sahaja digunakan dalam sektor makanan ternakan tetapi juga dalam bidang
lain seperti farmaseutikal, biodiesel, pengurusan sisa organik dan kosmetik

Comments
Post a Comment